AO3 News

Post Header

Published:
2018-06-06 12:21:09 -0400
Original:
Upcoming changes to the search & filter functionality
Tags:

Kami telah mengumumkan penaikan taraf enjin carian bukan hanya dengan menyediakan beberapa peningkatan kestabilan yang sangat diperlukan, tetapi juga memberikan perubahan menarik pada cara anda mencari, menapis, dan menyemak imbas kerja dan penanda halaman di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita)! Perubahan ini terdiri daripada membuatkan fungsi semasa menjadi lebih mesra pengguna untuk menambah pilihan baru dan membaikpulih ciri-ciri yang sedia ada. Kami harap anda menikmati penambahbaikan ini dengan cara anda mencari bahan baru untuk membaca atau melihat atau mendengar!

Pencarian dan penapisan karya

Selepas bertahun-tahun, anda telah menghantar banyak cadangan kepada kami untuk meningkatkan pencarian dan penapisan karya, dan sebagai pengguna AO3, kami teruja untuk akhirnya melaksanakan beberapa perkara tersebut!

 

Pralihat penapis karya yang baharu.

Butiran penapis karya baru, fokus terhadap pengecualian tag, pengendalian gabungan fandom, status penyelesaian, dan pengiraan kata. Petikan penuh (yang dipautkan) menunjukkan keseluruhan senarai jenis tag untuk dimasuki atau dikecualikan, dan pilihan tambahan seperti julat tarikh dan bahasa karya.

 

  • Tapisan Pengecualian: Sekarang anda boleh menapis perkara keluardaripada penyenaraian karya dengan cara yang sama seperti menyaringkannya: anda hanya masukkan nama mereka dalam bidang "Other tags to exclude" (Tag lain untuk dikecualikan) atau pilih dari senarai tag yang paling popular. Ini mungkin ciri yang paling diminta, dan kami berfikir penyelesaian kami menggabungkan kebiasaan, fleksibiliti, dan kebolehaksesan. Bidang baharu hanya tersedia dalam penapis buat masa ini, tetapi anda boleh terus menggunakan cara pengecualian tag yang lama di laman Work Search (Pencarian karya) -- Kami akan mengemas kinikan papan pemuka pada masa yang terdekat!

  • Gabungan Fandom: Anda kini boleh mencari gabungan fandom, atau memilih untuk mengecualikannya. Gabungan fandom ditakrifkan di sini sebagai karya yang mengandungi sekurang-kurangnya dua tag fandom yang tidak berkaitan, seperti yang ditentukan oleh cara tag dilaraskan.

  • Status Karya: Sebelum ini, anda mungkin boleh memilih karya yang lengkap sahaja. Kini, anda juga boleh mencari karya yang tidak lengkap, jika anda berminat.

  • Tarikh Dikemaskini: Untuk membataskan keputusan anda kepada karya yang telah dipos atau dikemaskini pada tarikh masa yang tertentu, penapisan sekarang juga termasuk pemilihan tarikh untuk membantu anda memilih permulaan dan tarikh tamat pertanyaan anda.

  • Pengiraan Kata : Akhirnya, kami telah menambah cara yang mudah untuk mencari karya menggunakan julat pengiraan kata. \o/

Semua penapisan yang anda pilih di menu bar sisi akan membantu mengurangkan set keputusan anda (i.e, AND filtering), daripada memasukkan lebih banyak karya yang mungkin hanya mempunyai satu atau lebih pilihan tag anda(i.e OR filtering).

Carian penanda laman dan penapisan

Dengan kod penanda laman yang lama, penyelarasan perubahan terhadap tag besar boleh menyusahkan pelayan AO3. Nasib baik, Elasticsearch 6 membenarkan cara yang lebih mudah untuk menangani penanda laman kami yang sebanyak 74 million (!), oleh itu kami telah memberi kod sebuah penulisan semua yang besar. Namun begitu, selain daripada memberi tambahan kepada penanda laman penapis pengecualian baru, kami terpaksa membuat perubahan kepada carian, pelayaran, dan penapisan penanda laman.

 

Pratonton senarai penanda laman baru.

Senarai dipenggal dengan penanda laman, seluruh karya yang sama yang disenarai bawah tag Veronica Mars. Tangkapan skrin (pautan) menunjukkan lima penanda laman terkini bagi karya tersebut. Termasuk dengan nota pereka penanda laman dan tag tersebut, dan pautan ke pada seluruh penanda laman.

 

  • Senarai penanda laman yang direka semula untuk tag dan koleksi: Anda tidak lagi perlu skrol melalui penanda laman yang beratus-ratus untuk karya atau siri yang hangat buat pada masa itu semasa anda tengah melayari penanda laman di sesebuah koleksi atau tag. Setiap item yang ditanda akan hanya disenarai sekali sahaja, dengan semua butiran tentang lima penanda laman terkini di bawahnya. (Jika terdapat sebuah item yang mempunyai lebih daripada lima penanda laman, ia akan memaparkan pautan "All Bookmarks" (Semua Penanda Laman) supaya anda boleh melihat yang lain.) Laman pengguna penanda laman dan keputusan Carian Penanda Laman akan terus menyenaraikan penanda laman seperti dahulu.

  • Tag Pereka Penanda Laman: Dengan kod baru , menggunakan tag “Angst” kepada penanda laman tidak akan menambah item kepada laman penanda laman tersebut untuk “Angst,” dan ia juga tidak akan termasuk dalam keputusan semasa menapiskan senarai penanda laman bawah tag tambahan “Angst.” Sekarang jika anda ingin melihat semua yang pereka telah menandakan dengan tag “Angst,” anda perlu gunakan medan "Bookmarker's tags" (Tag Pereka Penanda Laman) di laman Carian Penanda Laman.

    Sekiranya anda menggunakan tag untuk sistem penarafan tersendiri atau untuk peringatan untuk komen pada karya yang ditanda, anda, contohnya, masih boleh menapiskan penanda laman anda seperti dahulu! Terdapat kotak semak "Bookmarker's tags" dan medan autolengkap pada laman penanda karya untuk koleksi tag.

  • Carian Penanda Laman: Sementara terdapat peluang untuk mencari penanda laman, peningkatan prestasi yang kami telah buat memerlukan kami untuk membahagikan carian kepada dua medan: Satu untuk maklumat item yang ditanda (e.g. tag karya, tajuk, dan rujukan) dan lagi satu untuk maklumat untuk tandaan tersebut (e.g. Nota dan tag pereka penanda laman).

 

Pratonton penapisan penanda laman baru.

Butiran tentang penapisan penanda laman menunjukan pengecualian pilihan untuk tag untuk karya dan tag tambahan oleh pereka. Pilihan lanjut termasuk medan carian untuk karya dan maklumat penanda laman, dan selain itu, kotak semakan untuk cadangan atau penanda laman dengan nota. Tangkapan skrin sepenuhnya dipaut (menunjukkan semua tag yang boleh ditapis).

Carian Pengguna

Anda sekarang boleh mencari pengguna yang menulis karya untuk fandom kegemaran anda! \o/ Medan baru "Fandom" (Fandom) di borang Carian Pengguna mencadangkan tag cannonical secepat anda mula menulis, supaya anda tidak perlu risau tentang mendapat nama fandom anda dengan tepat. Semakin lebih banyak fandom anda bubuh, semakin banyak anda mengurangkan set keputusan carian.

 

Pratonton Carian Pengguna baru.

Borang Carian Pengguna baru ini menumpukan menurut fandom. Nama samaran testy mempunyai 970 karya dan 66 penanda laman, termasuk satu karya untuk fandom tersebut. Selain itu, seseorang boleh mencari nama pengguna atau butiran profil.

 

Untuk membuat nama samaran anda menonjol dalam keputusan carian, anda perlu mengikut arahan untuk mengedit nama samaran untuk menambah blurb pendek dan gambar pengguna. (Anda juga boleh menambahkan pautan dan maklumat tentang diri anda, sejarah fannish anda, polisi karya transformatif, atau media sosial anda di profil akaun anda seperti ditunjuk dalam FAQ Profil.)

Batasan

Walaupun Elasticsearch merupakan enjin carian yang canggih, Elasticsearch juga mempunyai beberapa batasan kecil seperti nombor keputusan carian yang dipapar (Dengan mencampak sebuah kesilapan selepas satu masa),anda mungkin hanya boleh melihat 5,000 laman sekali. Maksudnya 100,000 karya atau penanda laman.

Ingat bahawa borang Carian Karya membenarkan anda untuk menukar bagaimana keputusan akan disusun. Jadi sekiranya anda ingin mengakses karya lama untuk sesebuah fandom--sesuatu yang tidak akan ditunjukkan dalam keputusan pertama 100,000 dalam fandom yang besar--anda boleh menyusun mengikut Tarikh Dikemaskini mengikut Ascending order (Urutan menaik) untuk memastikan anda mendapat keputusan yang anda hendaki! (Untuk menyusun senarai karya yang ditapis, gunakan sort:>posted di dalam bidang "Search within results".)

Perkara untuk mencuba

Selepas carian baru akan dipasang untuk semua orang, di sini terdapat beberapa cadangan untuk mengenali pilihan baru tersebut:

  • Penarafan:Untuk senarai penarafan General Audiences (Pembaca Umum) or Teen and Up (Pembaca remaja dan keatas), jangan pilih taraf--sebaliknya pilih taraf "Explicit" (Kandungan Eksplisit), "Mature" (Kandungan Dewasa), dan "Not Rated" Tidak ditaraf) untuk dikecualikan, dan semua keputusan anda akan selamat untuk berkerja! (Anda boleh terbalikan ini untuk bacaan bedtime anda.

  • Pengiraan Kata: Untuk mendapat semua karya fiksyen pendek yang sebenar untuk fandom pilihan anda, masukan 100 dalam kedua-dua medan "From" (Dari) and "To" (Kepada). (#DrabblePurist)

  • Gabungan Fandom:Sekiranya anda merupakan peminat untuk karya canon-verse? Anda boleh membuang semua AU dengan mengecualikan tag "Alternate Universe", dan gabungan fandom atau campuran dengan memilih pilihan "Exclude crossovers" (Mengecualikan Gabungan Fandom).

  • Tarikh: Adakah anda sedang bekerja membuat senarai podfic kegemaran anda untuk 2017? Pergi kepada tag Podfic dan bubuh di bawah 2017-01-01 dan 2017-12-31 dalam medan "From" dan "To" bawah "Date Updated" (Tarikh Kemasikini), untuk menyegar ingatan anda!

  • Status: Anda telah membaca semua karya lengkap untuk OTP anda? Anda telah melangkau karya yang masih belum lengkap kerana anda perlukan happy ending sekarang? Tiada karya lain untuk membaca? Jadi pergi balik dan tandakan "Works in progress only" (Karya yang tidak lengkap sahaja) untuk melihat semula karya tersebut!